Bertujuan untuk kongsi pengalaman dan sebagainya...jika ada apa-apa boleh le email di mohdikram8@gmail.com

Wednesday, August 18, 2010

TOK WALI HASSAN


Ini adalah wajah orang yang sangat saya sanjungi, walaupun saya tak pernah jumpa dengan beliau, cerita-cerita menarik yang disampaikan oleh orang dulu-dulu semasa saya masih kecil begitu mengkagumkan, antara cerita itu ialah Pada suatu hari sedang orang ramai minum-minum dikedai kopi, tiba-tiba Tok Wali datang dan mencantumkan semua lebihan yang orang dah minum tu so dapatlah setengah cawan agaknya lalu diminum, perbuatan tersebut telah ditertawakan oleh pemuda-pemuda disitu....tapi entah macam mana tiba-tiba pemuda2 tu terberak-berak....cerita lain ialah kisah pada suatu hari Tok Wali agak terlewat sedikit ke station, tiba-tiba keretapi dari Tanah Merah tak dapat berjalan sehinggalah Tok Wali yang nak ke Gua Musang naik baru boleh jalan...kisah Tok Wali bubuh air dalam tangki minyak motorsikal yang ditumpanginya.....wallahualam...foto dari http://towardsmardhatillah.wordpress.com

No comments:

Post a Comment